Kasut kulit vs kasut plastik
Sebelum pergi,berkira-kira kasut apa yang nak dibawa,akhirnya aku memilih dua pasang kasut,sepasang kasut kulit,tapak rata,bertali dan sepasang kasut plastik....Kedua-dua kasut in adalah antara barangan yang dihadiahi oleh besanku..Terima kasih Noraini,Terima kasih Allah.
Aku memakai kasut kulit semasa bertolak dari rumah ke KLIA..Nak dijadikan cerita semasa aku ke tandas semasa diKLIA, keadaa sangat tidak selesa bila berkasut kulit,jadi aku menukarnya dengan memakai kasut plastik.
Diingatkan para sahabat,sekiranya memakai setoking untuk solat,carilah yang tebal Dan bewarna gelap,sebab bila kita sujud,setokittu menegang dan boleh nampak aurat kita.Allahuaklam.....
Ya Allah kasut plastik sangat memudahkan sepanjang urusan umrahku di Tanah Suci Kota Mekah ,aktiviti ziarah di Mekah dan aktiviti ziarah di Kota Madinah. Sangat selesa berjalan dan yang penting memudahkan untuk ke tandas dan mengambil wudhu..syukur alhamdulillah. Aku memakai kasut plastik itu hinggalah aku bergerak pulang ke tanah air...sangat mudah dan selesa....
Comments
Post a Comment