Umrah ku yang pertama
Tekad
Umrah.Syukur, aku diberi peluang untuk ke tanah suci pada 5 Dec-hingga16 Dec 2021.
Dunia dilanda pendemik COVID-19,tak kecuali Malaysia.Bermula ...2020 hingga 2021.Banyak sektor pejkerjaan ditutup .Maka bermulalah pembelajaran dibawah kementerian pendidikan dan swasta,belajar cecara 'on line'. Sektor pelancungan Dan umrah juga Di hentikan.
Banyak perubahan dan SOP digariskan bagi, nom membendung penularan COVID-19. Dalam masa yang sama kita bertarung mendepani COVID-19, kes yang terus meningkat dengan mencatat kes kematian yang semakin tinggi. Maka disitulah terdetik dilubuk hati,bertapa rapuhnya nyawa dan mudahnya kematian. Maka hati ini bertekad apa juga agensi yang pertama melintas di mata,aku akan 'grab' dan daftar. Hati terus berdoa,moga aku diberi peluang untuk ke tanah suci.
Ditakdirkan pada awal September 2021, aku terjumpa iklan umrah dari salah seorang Agen Harmony Excellenct di FB,terus contact,Allah mudahkan,rupa adik ke lapanku juga agent syarikat yang sama.Maka bermulalah persiapan untuk ke tanah suci. Syukur adikku yang ke lima,Dalila juga turut serta untuk ziarah dan umrah. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment