Posts

Showing posts from March, 2022

Kasut kulit vs kasut plastik

 Sebelum pergi,berkira-kira kasut apa yang nak dibawa,akhirnya aku memilih dua pasang kasut,sepasang kasut kulit,tapak rata,bertali dan sepasang kasut plastik....Kedua-dua kasut in adalah antara barangan yang dihadiahi oleh besanku..Terima kasih Noraini,Terima kasih Allah. Aku memakai kasut kulit semasa bertolak dari rumah ke KLIA..Nak dijadikan cerita semasa aku ke tandas semasa diKLIA, keadaa sangat tidak selesa bila berkasut kulit,jadi aku menukarnya dengan memakai kasut plastik.  Diingatkan para sahabat,sekiranya memakai setoking untuk solat,carilah yang tebal Dan bewarna gelap,sebab bila kita sujud,setokittu menegang dan boleh nampak aurat kita.Allahuaklam..... Ya Allah kasut plastik sangat memudahkan sepanjang urusan umrahku di Tanah Suci Kota Mekah ,aktiviti ziarah di Mekah dan aktiviti ziarah di Kota Madinah. Sangat selesa berjalan dan yang penting memudahkan untuk ke tandas dan mengambil wudhu..syukur alhamdulillah. Aku memakai kasut plastik itu hinggalah aku bergerak...

Ahad 5Dec 2022

Hari Yang ditunggu telah tiba.Anak-anak,menantu 2 orang cucu ada bersama.Pagi-pagi Aku menyiapkan sarapan dan juga makanan tengahari. Kami dijangka bertolak selepas solat zohor. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang menziarahiku sebelum aku pergi.... Mak mertua, adik-adik ipar turut datang ke rumah untuk melihat aku pergi.Saat Aku bertolak,anak bongsuku azan dan doa dibacakan oleh anakku yang ke empat. Aku pergi kerana 'cinta', moga aku kembali semula dirumah ini untuk bersama insan-insan yang aku cintai.Kami solat jamak solat maghrib dan Isyak sblm kami bertolak.. Aku temani oleh anak-anakku,menantu,kedua cucu, pian dan eda(adik ipar) dan di airport,ateh&suami(adik) turut menghantarku. Ustaz Nazri,imam surau muda Kg Teriang bersama isteri dan anak-anak juga datang di KL IA.Kak Cik Dalila yang akan ke bumi Mekah,ditemani suaminya. Kami berkenal-kenal bersama jemaah dari group kami Harmony Excellenct , juga kami mendengar taklimat dari pihak syarikat sebelum kami b...

Persiapan barang

 Alhamdulillah ,adikku Dalila membantu mengambil bagasi,satu besar ,satu sederhaha besar dan beg sandang. Terasa umrahku semakin hampir.Aku banyak terima hadiah dari anak-anak,adik-adik, biras,mak, mertua Dan sahabat....Dalam 2 minggu sebelum bertolak,Aku senaraikan barang-barang yang perlu bawak.Alhamdulillah banyak sponsered by Allah, aku hanya beli satu dua sahaja .Thanks Allah.....Jubahpun aku gunakan yang sedia ada sahaja dan beberapa helai adalah 'hadiah'...Saat akhir sebelum bertolak, Aku 'shorting' lagi barangan yang hendak dibawa,cuba bawa seminima yang mungkin(apapun 2 beg tetap penuh).  Adalah diingatkan antara barang yang penting perlu dibawa adalah panadol,minyak angin,vitamin C,minyak sapu(untuk lengoh-lengoh),ubat tahan muntah, handsock&,setoking tebal(ikut keperluan) ,botol spray(utk wudhuk), handsanitiser, solat,mask yang bertali,hanger lipat,sabun basuh kain,selipar untuk kegunaan bilik mandi .Untuk kasut,aku bawa sepasang kasut kulit dan sepasang ...