Ahad 5Dec 2022

Hari Yang ditunggu telah tiba.Anak-anak,menantu 2 orang cucu ada bersama.Pagi-pagi Aku menyiapkan sarapan dan juga makanan tengahari. Kami dijangka bertolak selepas solat zohor. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang menziarahiku sebelum aku pergi....

Mak mertua, adik-adik ipar turut datang ke rumah untuk melihat aku pergi.Saat Aku bertolak,anak bongsuku azan dan doa dibacakan oleh anakku yang ke empat. Aku pergi kerana 'cinta', moga aku kembali semula dirumah ini untuk bersama insan-insan yang aku cintai.Kami solat jamak solat maghrib dan Isyak sblm kami bertolak..



Aku temani oleh anak-anakku,menantu,kedua cucu, pian dan eda(adik ipar) dan di airport,ateh&suami(adik) turut menghantarku. Ustaz Nazri,imam surau muda Kg Teriang bersama isteri dan anak-anak juga datang di KL IA.Kak Cik Dalila yang akan ke bumi Mekah,ditemani suaminya. Kami berkenal-kenal bersama jemaah dari group kami Harmony Excellenct , juga kami mendengar taklimat dari pihak syarikat sebelum kami berangkat.


Comments