Telekung Buat Bonda
Aku menatap dua pasangtelekung dihadapanku, satu warna 'pink' dan satu warna 'blue baby' , keduanya warna kegemaranku. Kedua telekung disulam indah, memang direka dan di tempah khas buat dua insan yang aku sayangi. Telekung 'pink' akan ku hadiahkan buat mama sempena hari lebaran yang akan tiba, Manakala yang 'blue baby' buat bonda yang sangat aku rindu, moga Allah memberi aku peluang untuk aku bertemu dengan insan yang mengandung dan melahirkan aku. Aku hanya mampu menitipkan doa untuk ke sejahteraan hidupnya, moga bondaku bahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah. Masihku ingat tanggal keramat pada Disember 2018,saat aku diijabkabulkan, mama tiba-tiba menangis memelukku, dalam sedu-sedan mama menceritakan aku adalah bukan darah daging mama dan abah, sebaliknya aku adalah anak seseorang yang tidak dikenalinya. Aku hampir pengsan mendengarkannya, dan majlis terpaksa ditangguh diatas permintaan pihak pengantin lelaki apabila melihat keadaan ku yang tidak ...